26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Cuti tambahan sehari sempena Aidilfitri – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN mengumumkan tambahan satu cuti hari kelepasan am sempena Aidilfitri ini bagi memberikan ruang kepada rakyat pulang ke kampung dan sebagainya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu mengambil kira tarikh 1 Syawal yang hanya akan diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja Raja pada Khamis ini.

“Sekiranya tarikh 1 Syawal jatuh pada Sabtu, 22 April 2023, maka Kerajaan menetapkan hari Jumaat, 21 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan.

“Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan Negeri bolehlah mengisyitiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Perdana Putra, di Putrajaya, hari ini.

Pelaksanaan itu adalah berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan