Thursday, June 4, 2026

Kerajaan kaji bina LRT di Johor Bahru

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN dalam kajian terhadap cadangan untuk membina jajaran pengangkutan sistem transit aliran ringan (LRT) untuk pembangunan sistem pengangkutan lebih baik di Johor Bahru.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya telah menerima cadangan daripada syarikat swasta untuk membina LRT di Johor Bahru.

“Kerajaan akan pertimbangkan semua cadangan untuk bina LRT di Johor Bahru termasuk daripada pihak swasta.

“Baru-baru ini terdapat juga pihak syarikat swasta sudah menyatakan minat untuk membina LRT di Johor Bahru namun ia masih di peringkat awal dan memerlukan penilaian lanjut Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan pas tanpa had MyBAS dan bas awam elektrik pertama Johor di Terminal Pengangkutan Awam Larkin pada Selasa.

Tahun lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli memaklumkan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, kerajaan negeri berhasrat membangunkan sistem pengangkutan LRT di Johor Bahru bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di bandar raya itu yang semakin kritikal. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan