25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

RM4.816 bilion baik pulih, naik taraf sekolah daif

Sebanyak 277 projek di Semenanjung telah diluluskan dengan kos sebanyak RM697 juta.

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 920 projek naik taraf dan membangunkan semula bangunan daif di sekolah di seluruh negara berjumlah RM4.816 bilion.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 277 projek di Semenanjung telah diluluskan dengan kos sebanyak RM697 juta.

“Kementerian Pendidikan (KPM) komited dalam menyediakan infrastruktur pendidikan yang selamat dan kondusif untuk kegunaan murid dan warga sekolah di seluruh negara.

“Sehingga 24 Mac 2023, status terkini pelaksanaan projek di Semenanjung adalah 235 projek telah siap sepenuhnya, empat projek di peringkat pembinaan, 38 projek di peringkat pra-bina,” katanya hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan lisan Senator Datuk Dr. R. Nelson yang bertanya mengenai status terkini sekolah-sekolah daif yang akan mendapat peruntukan segera KPM mengikut negeri.

Advertisements

Mengulas lanjut beliau berkata, di Sarawak pula, KPM telah diluluskan sebanyak 361 projek membangunkan semula bangunan daif di sekolah dengan kos sebanyak RM2.157 bilion.

Katanya, status terkini pelaksanaannya adalah 221 projek telah siap sepenuhnya, 53 projek di peringkat pembinaan dan 87 projek lagi di peringkat pra-bina.

“Dalam tempoh yang sama, KPM telah diluluskan sebanyak 282 projek membangunkan semula bangunan daif di sekolah di negeri Sabah dengan kos sebanyak RM1.962 bilion.

“Sehingga 24 Mac 2023 status terkini pelaksanaan projek adalah 210 projek telah siap sepenuhnya, 29 projek di peringkat pembinaan dan 43 projek lagi di peringkat pra bina,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan