36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Tauke jual RON95 kepada kenderaan asing didenda

Tertuduh mengaku membenarkan pengisian petrol bersubsidi itu kepada kenderaan bernombor pendaftaran asing empat tahun lalu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pengusaha stesen minyak didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini atas tuduhan menjual petrol bersubsidi kepada kenderaan bernombor pendaftaran asing.

Tertuduh, Phan Chib Chan, 59, dijatuhi hukuman berkenaan selepas mengaku membenarkan pengisian petrol RON95 kepada kenderaan bernombor pendaftaran asing empat tahun lalu.

Ia adalah kes pertama membabitkan pemilik stesen didakwa atas kesalahan terbabit.

Phan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati gagal mematuhi arahan yang menyatakan bahawa kenderaan bernombor pendaftaran asing tidak dibenarkan membuat pengisian petrol RON95.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10.40 pagi di premis beralamat 13-A, Jalan Tun Abdul Razak Susur 4 pada 13 Mei 2019.

Justertu itu, perbuatan itu melanggar Peraturan 12A Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang merupakan suatu kesalahan di bawah Peraturan 21(1) Peraturan-peraturan yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjara bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh membenarkan pengisian petrol sebanyak 54 liter bernilai RM113.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Muhamad Sabiq Muhamad Subri dan Raja Nor Ikhlas Raja Ariff manakala OKS diwakili peguam, Lim Chon Sim.

Dalam penghujahannya, Muhamad Sabiq menyatakan bahawa tertuduh pernah dikenakan tindakan kompaun dua kali sebelum ini atas kesalahan sama.

Hakim menjatuhkan hukuman denda RM40,000 atau lima bulan penjara kepada pemilik stesen minyak itu sebagai pengajaran kepadanya serta pemain industri yang lain.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan