32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

MP Besut dihalau keluar dewan, digantung tiga hari

Mesti Baca

Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama tiga hari bermula Rabu setelah gagal mematuhi peraturan mesyuarat.

Pergantungan tersebut dibuat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Md Nor selepas timbul kekecohan mengenai penggunaan bahasa Inggeris dalam pembentangan dua Rang Undang-undang (RUU) di Dewan Rakyat hari ini.

Che Mohamad yang diberi amaran oleh Ramli untuk duduk bagi memberi ruang kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh memberi penjelasan namun tidak dihiraukan oleh Ahli Parlimen Besut.

Keengganan Che Mohamad mematuhi arahan Ramli sehingga diberi amaran sebanyak tiga kali telah membawa keputusan untuk menggantung beliau selama tiga hari.

“Saya suruh duduk. Duduk. Duduk. Bentara, tiga hari, selesaikan,” kata Ramli.

Che Mohamad bangkit mempersoalkan tempoh penggantungannya susulan arahan dikeluarkan Ramli

“Saya dah duduk dah pun. Keputusan dibuat selepas saya duduk. macam mana ni? Saya dah duduk dah, kenapa keputusan selepas?,” soal Che Mohamad.

Ramli menegaskan beliau tetap dengan keputusannya terhadap penggantungan itu selama tiga hari.

Baca juga:   PRN: Calon UMNO akan guna lambang dacing - Zahid

Sebelum itu, kekecohan berlaku di Dewan Rakyat hampir 20 minit selepas Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN – Kota Bharu) menegur penggunaan perkataan bahasa Inggeris dalam dua rang undang-undang yang akan dibentangkan pada Rabu.

Kata Takiyuddin, perkataan itu menimbulkan kekeliruan kerana ia boleh membawa banyak maksud dalam bahasa Melayu.

Baca juga:   Darurat perkuat ekonomi: Najib minta Tengku Zafrul bersikap jujur

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),  Datuk Seri Azalina Othman Said kemudian menegaskan perkataan itu tidak menjadi isu kerana pernah digunakan kerajaan sebelum ini.

Ramli meminta Takiyuddin dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN – Masjid Tanah)  membawa isu tersebut kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat sekiranya masih tidak berpuas hati.

Beliau kemudian memutuskan agar pembentangan rang undang-undang tersebut diteruskan mengikut jadual di Dewan Rakyat hari ini. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Rayuan petisyen Parlimen Putrajaya, Gua Musang didengar 19 Jun

MAHKAMAH Persekutuan menetapkan tarikh 19 Jun bagi mendengar rayuan Barisan Nasional (BN) mengenai dua petisyen pilihan raya yang difail...

Lagi Artikel Berkaitan