28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Darurat perkuat ekonomi: Najib minta Tengku Zafrul bersikap jujur

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bersikap jujur apabila mendakwa penggantungan Parlimen boleh menguatkan ekonomi negara.

Kata bekas perdana menteri itu, negara-negara lain sudah tentu rugi kerana tidak mengikut langkah diambil Malaysia jika dakwaan tersebut adalah benar.

“Tak tepat untuk samakan Malaysia dengan 80 negara lain dalam dunia yang isytihar darurat,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Najib pada masa sama mencabar Tengku Zafrul menamakan negara lain yang berbuat demikian atas alasan sama.

Menurutnya, hanya Malaysia satu-satunya negara dalam dunia gunakan alasan Covid-19 untuk gantung Parlimen.

“Senang sahaja, Tengku Zafrul. Namakan satu negara lain dalam dunia yang gantung Parlimen (bukan tunda sesi Parlimen) selama 7 bulan?” katanya lagi.

Jelas Najib, darurat bagi negara-negara lain bermaksud kuasa diberi kepada kerajaan untuk lakukan ‘perintah berkurung’.


Katanya, ini kerana sebab negara luar tidak ada akta-akta seperti Malaysia yang boleh laksana perintah berkurung tanpa darurat. 

“Parlimen mereka tak pernah gantung,” tambahnya.

Advertisements

Semalam, Tengku Zafrul menafikan dakwaan yang mengatakan proklamasi darurat menakutkan golongan pelabur sebagai tidak tepat, sebaliknya ia mampu membantu pemulihan ekonomi negara.

Beliau berkata, Malaysia merupakan antara 80 negara di dunia, atau hampir setengah daripada seluruh dunia, yang mengisytiharkan darurat bagi menangani pandemik Covid-19.

“Seperti yang saya katakan, kesihatan awam adalah kunci untuk pemulihan ekonomi. Saya ingin jelaskan apa-apa keputusan dalam tempoh ini perlu mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong atau orang yang dilantik Seri Paduka Baginda,” katanya.

Pada 12 Januari lalu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan pengisytiharan proklamasi darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung pandemik Covid-19 di negara ini.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan menyediakan langkah semak dan imbang iaitu melalui Jawatankuasa Khas Bebas yang terdiri daripada pihak kerajaan, pembangkang dan pakar-pakar yang akan menasihati Yang di-Pertuan Agong sekiranya tempoh darurat boleh ditamatkan.

Beliau berkata, kerajaan sudah membuktikan ia sentiasa berbincang dengan sektor swasta, dan inilah masanya untuk kedua-dua pihak berganding bahu dan bekerja sama dalam usaha mengembalikan negara kepada landasan pemulihan ekonomi yang mampan.

“Inilah masa yang baik untuk kerjasama awam-swasta yang lebih baik. Kita lihat selepas pengumuman darurat, pasaran modal kita stabil.

“Awal Januari, kita mencatatkan aliran masuk dana asing bersih dalam pasaran saham. Sebelum itu, Disember menjadi bulan kelapan berturut-turut yang merekodkan aliran masuk dana asing ke dalam pasaran bon. Ringgit masih berada pada paras tinggi berbanding dolar AS,” katanya.


Tengku Zafrul berkata, beliau percaya golongan pelabur masih yakin dengan Malaysia, dan memberi jaminan kerajaan akan melakukan perkara yang betul iaitu mewujudkan keseimbangan dalam melindungi kehidupan dan mata pencarian.

Advertisements

Terkini

Didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing

SEORANG pemilik sebuah stesen minyak didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana menjual barangan kawalan berjadual petrol RON95 kepada...

Lagi Artikel Berkaitan