27 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Arsenal perlu tawar Saka kontrak 10 tahun

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

LAGENDA Invincibles, Kolo Toure menggesa Arsenal mengikat bintang muda, Bukayo Saka untuk tempoh jangka masa 10 tahun.

Toure memberitahu Sky Sport News, Arsenal perlu belajar dari kesilapan lalu kehilangan bintang utama seperti Cesc Fabregas, Robin Van Persie, Samir Nasri dan ramai lagi ke kelab lawan.

“Satu kesilapan yang Arsenal lakukan selama ini, mereka mempunyai pemain penting yang menyayangi kelab dan mereka melepaskannya.

“Jadi nasihat saya buat Arsenal untuk ikat Saka dengan tawaran kontrak 10 tahun.

Advertisements

“Saka adalah pemain terbaik kelab, beliau akan memimpin kelab dan perlu dikekalkan,” katanya.

Saka memainkan peranan penting buat The Gunners pada musim ini dengan meledak 12 jaringan dan menyumbang 10 hantaran dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam misi menamatkan kemarau kejuaraan sejak tahun 2004.

Bintang England berusia 21 tahun itu dilaporkan akan menandatangani lanjutan kontrak buat pendahulu EPL itu yang akan tamat pada penghujung musim depan. – EDISI9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan