33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Pelbagai penjuru, 447 calon, DUN Bengkoka paling ramai bertanding

Mesti Baca

  • 447 calon bertanding, di DUN Bengkoka 11 calon bertanding

SEBANYAK 447 kertas pencalonan diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

DUN Bengkoka yang merupakan kerusi baharu mencatatkan jumlah pencalonan paling ramai iaitu 11 calon.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah juga menyaksikan satu DUN dengan 10 penjuru, sembilan penjuru (tiga DUN), lapan penjuru (enam DUN), tujuh penjuru (13 DUN), enam penjuru (26 DUN), lima penjuru (15 DUN), empat penjuru (lima DUN) dan tiga penjuru (tiga DUN)

Bagaimanapun jumlah calon di DUN Bengkoka itu belum mampu ‘menewaskan’ jumlah calon yang bertanding di PRK DUN Bukit Selambau, Kedah pada 7 April 2009.

Dalam PRK tersebut yang diadakan berikutan peletakan jawatan V. Arumugam daripada PKR, seramai 15 calon bertanding – paling ramai dalam sejarah pilihan raya negara ini.

  • Parti Cinta Sabah (PCS) – parti tunggal tanding semua kerusi
Parti Cinta Sabah (PCS) yang diketuai Datuk Seri Anifah merupakan parti tunggal yang bertanding di kesemua 73 kerusi.

Ia diikuti Parti Warisan yang bertarung di 53 kerusi, Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO – 47 kerusi), Parti Liberal Demokratik (LDP – 46 kerusi), Barisan Nasional (BN – 41 kerusi) dan Perikatan Nasional (PN – 29 kerusi).

Parti-parti lain ialah Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan – 28 kerusi), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS – 23 kerusi) dan Parti Bersatu Sabah (PBS – 22 kerusi).

Turut bertanding ialah Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO – 12 kerusi), PKR (tujuh kerusi), Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat – lima kerusi), Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri – dua kerusi dan masing-masing satu calon bagi Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Kebangsaan Sabah (PKS), serta Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Pertubuhan).

Advertisements
  • Musa Aman tidak bertanding

Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman melakukan kejutan apabila tidak bertanding mempertahankan kerusi DUN Sungai Sibuga yang disandangnya sejak 1994.

Ahli politik berusia 69 tahun itu pada 9 September lalu menyatakan ‘’Saya akan kembali ke Sungai’’ tetapi hari ini beliau tidak mengemukakan borang pencalonan, sebaliknya menyampaikan pesanan kepada rakyat Sabah, ‘’Jaga diri semua, semoga sentiasa dalam keadaan selamat” melalui akaun instagramnya.

  • Pengerusi PKR Sabah berhadapan lawan paling ramai
Christina Liew bersama calon-calon yang bertanding di DUN Api-API – Foto The Borneopost.com

Pengerusi PKR Sabah Datuk Christina Liew merupakan ketua parti yang berhadapan dengan lawan paling ramai. Beliau akan ditentang oleh lapan calon lain daripada LDP, PCM, PBS, Gagasan, PPR dan tiga calon Bebas. LDP diwakili oleh Presidennya, Datuk Chin Su Phin.

Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi bersama Bung Moktar Radin selepas proses penamaan calon bagi DUN Lamang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Bung Moktar Radin berdepan tentangan empat lawan di DUN Lamang. Lawan beliau ialah daripada parti Warisan, PCS, PPRS dan Calon Bebas.

Mohd. Shafie Apdal bersama empat calon lain bagi DUN Senallang.

Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal yang mempertahankan DUN Senallang turut dicabar empat calon lain termasuk daripada anak saudaranya yang menjadi calon PN. Tiga lagi calon ialah daripada PPRS, USNO dan PCS.

Anifah Aman bersama pencadang dan penyokong beliau ketika proses penamaan
calon bagi DUN Bongawan.

Presiden PCS, Datuk Seri Anifah Aman akan bertarung dengan tiga calon lain di DUN Bongawan iaitu daripada Warisan, BN dan LDP manakala Ketua Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berhadapan dengan dua lawan iaitu daripada Warisan dan PCM di DUN Sulaman. Calon Warisan, Aliasgar Basir adalah anak saudaranya.

  • Adik Yang Dipertua Negeri Sabah turut bertanding

Armani Mahiruddin yang merupakan adik Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menjadi calon Warisan di DUN Sungai Sibuga. Kerusi tersebut sebelum ini disandang oleh Tan Sri Musa Aman yang tidak bertanding. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MB Perlis ditahan SPRM bantu siasatan salah guna kuasa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan dakwan salah guna...

Lagi Artikel Berkaitan