29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pendekatan Ta’awun Siyasi jadikan Pas ‘King Maker’ – Hadi

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Seri Abdul Hadi Awang berkata, rancangan membawa pendekatan baharu politik Pas menerusi Ta’awun Siyasi telah dibuat beliau bersama Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Allahyarham Datuk Dr. Haron Din.

Abdul Hadi berkata, perbincangan tersebut berlaku dalam bilik di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa.

“Siapa yang menduga perkembangan politik yang berlaku di masa mutakhir ini. Saya hanya menembak sahaja, ketika Pilihan Raya Ke-14, insyallah Pas akan jadi King Maker dalam percaturan politik tanah air, dengan kerusi yang dianggap tidak menjadi penentu kepada kerajaan yang memerintah, dengan jumlah 18 kerusi Parlimen, dua buah negeri yang kita menang.

“Tiba-tiba Allah menyerlahkan kita menjadi King Maker, yang melakukan perubahan politik tanah air, yang berlaku bukan Langkah Sheraton, itu langkah kita sebenarnya. Biarlah orang tak tahu, itu lebih baik. Orang nampak Langkah Sheraton sahaja,’’ katanya seperti dilaporkan Harakahdaily.net.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika menyampai ucapan khas di Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Kali Ke-61 di PUTIK, hari ini.

Tegas Abdul Hadi, pendekatan cooperation, bukan coalition itu lebih longgar, tetapi fleksibel dan tidak memutuskan Pas daripada perjuangan Islam.

‘’Ketika semua parti politik dalam keadaan yang bergolak, kita dilamar oleh semua pihak, dipinang oleh semua orang, kerajaan dan pembangkang.

“Kita mengambil jalan tengah mewujudkan kumpulan ketiga Gagasan Sejahtera. Dalam pergerakan itu, dua-dua pihak dalam keadaan letih, kita tak letih.

Advertisements

”Kita saksikan Pakatan Harapan yang berjaya menawan Putrajaya, dalam keadaan pening, berlaga terhantuk sesama sendiri. Kita menyaksikan parti-parti lain yang tidak boleh pergi ke Putrajaya, dalam keadaan yang sangat gelabah,” ujarnya.

Abdul Hadi menegaskan, Pas kekal memperkenalkan politik Islam sebagaimana ditunjuk oleh Nabi Muhammad SAW dengan menyatukan umat Islam terlebih dahulu kerana mereka yang berhak memimpin.

Abdul Hadi Awang bersama Dr.Mahathir Mohamad ketika menghadiri
Kongres Perpaduan Melayu di Shah Alam, Oktober tahun lalu.

Seterusnya kata beliau, Pas menyatukan masyarakat majmuk, melibatkan semua kaum di mana mesej itu kedua-dua dapat dilaksanakan bermula dengan penubuhan Muafakat Nasional dengan UMNO dan menghasilkan Kongres Perpaduan Melayu bertemu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Dua-dua sudah minat kepada Islam, UMNO sanggup mengubahkan undang-undang tubuhnya, meletakkan Islam di hadapan. Tun menegaskan kepada saya, dia nampak Islam yang boleh menyelesaikan masalah, cuma berkhilaf dalam masalah pendekatan, berkhilaf dalam masalah itu sahaja.

“Akhirnya kita berjaya mewujudkan Perikatan Nasional, menawan Putrajaya dalam keadaan tenang, satu pertukaran kuasa secara demokratik, bukan pintu belakang, bukan tebuk atap. Melalui ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat, melalui Raja Yang di-Pertuan Agong, bukan tebuk atap, ini mengikut Perlembagaan.

“Kita berjaya mengambil alih Putrajaya, dengan langkah yang diambil, walaupun kita berkhilaf, berbeza pendapat dalam pendekatan, menyebabkan sedikit keretakan dan perpecahan berlaku.

“Tetapi perancangan kita berjaya. Pas mendapat tempat dalam Kerajaan Pusat, menambah satu negeri lagi, Kedah, kita memimpin, dengan cara yang tidak gopoh seperti orang lain.

“Alhamdulillah ahli-ahli Pas setia kepada parti. Mereka tidak gelabah, kerana mereka yang gelabah itu, sudah tak ada dalam parti kita. Kita selamat,” tegasnya.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan