24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kami tak mampu beli keranda ayah – Uncle Kentang

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng mendedahkan, beliau aktif menguruskan jenazah umat Islam di negara ini kerana tidak mahu episod sedih melibatkan keluarganya yang tidak mampu membeli keranda buat mendiang bapanya berulang.

Chee Heng yang lebih dikenali dengan panggilan Uncle Kentang berkata, semasa ayahnya meninggal dunia 40 tahun lalu, banyak orang melarikan diri daripada mereka kerana takut untuk memberikan hutang berikutan kemiskinan yang menghimpit keluarganya.

“Pukul 3.00 pagi saya melihat wajah ayah kaku di atas bangku kayu panjang yang di tutup oleh tikar mengkuang.Kami tak mampu urus beliau.

“Masa itu saya baru lepas SPM….. nasib baik abang dapat pinjam wang dari Jaya Watch Seapark punya taukeh, mendiang Mr Fong sebanyak RM2,500. 

“Episod sedih ayah, saya tidak mau diulangi lagi lah…. kita permudahkan semua mereka yang pulang sebelum kita.Tak kira lah siapa yang susah, mereka boleh pakai van jenazah,” katanya di Facebook.

Ahli perniagaan yang aktif dalam kerja-kerja kebajikan sejak 20 tahun lalu dalam pada itu menjelaskan mengapa beliau tidak membeli van mayat untuk orang bukan Islam.

Advertisements

“Tak perlu (beli) kerana saya tak akan boros. Banyak kumpulan Cina buat bisnes mayat dan India pun ramai buat van mayat.Dari Mercedes hingga ke Velfire hingga ke van mewah siap nombor cantik 8888, 6868, 118 dan 668. Jadi kita ‘leverage’ kat mereka ini.

“Lagi pun orang Cina dan India banyak amalan dalam upacara pengebumian dan kita serah balik pada mereka yang pakar agar mendiang dapat dikebumikan dengan sempurna mengikut adat masing masing.

“Yang penting, kita hanya jadi pemandu van jenazah urusan mandi dan pengkebumian kita serahkan kepada pasukan kebajikan urus jenazah,” katanya.

Mengikut laporan Harian Metro Mac lalu, Uncle Kentang memarkir dua van jenazah di sebuah kedai mamak di Jalan PU 7/4, Taman Puchong Utama, Puchong.

Selain itu, beliau turut meletakkan sebuah lagi van jenazah berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam serta sebuah di Hospital Ampang.

Orang ramai yang mahu menggunakan van jenazah berkenaan hanya perlu menghantar khidmat pesanan ringkas ke nombor 018-2683999.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan