25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 29, 2021

PH punca anti-Islam cabar Islam- Abdul Hadi

Mesti Baca

KOTA BHARU – Semua pihak telah menyaksikan kelemahan peranan Islam dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) sehingga kumpulan pelampau anti-Islam berani bersuara untuk mencabar Islam dan umatnya serta menghanyutkan orang Islam yang leka dan bebal.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kesedaran dan kebangkitan telah menyatukan mereka yang peka dalam semua parti, NGO Islam dan kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem kerana konsep masyarakat majmuk tidak dapat ditangani dengan pendekatan liberal dan pragmatik sekular.

“Pas berpijak di atas landasan akidah Islam sebagai ad-deen dan mentafsirkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dalam Perlembagaan dan diberikan hak kepada agama lain mengikut Perlembagaan.

“Perlembagaan berkenaan termasuk jaminan hak istimewa orang Melayu yang sinonim bersama Islam,” katanya yang dipetik Harakahdaily.net.

Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan dasar sempena Muktamar Pas Ke-66 di Pengkalan Chepa, Kelantan hari ini.- FB Pas

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ucapan Dasar Muktamar PAS ke-66 yang berlangsung di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), di sini, hari ini.

Dalam pada itu Abdul Hadi berkata, mereka yang peka dengan pendekatan yang sangat negatif itu, tetap mencintai perpaduan dan keharmonian bermasyarakat majmuk supaya kembali semula kepada landasan yang betul dan beristiqamah.

“Marilah kita bersatu padu dalam gabungan parti politik yang dibentuk sekarang bagi menghadapi PRU-15 dengan bersedia untuk menang dan mengisi kemenangan dengan membentuk kerajaan yang lebih kukuh.

Baca juga:   Bukti Pelan Pemulihan Negara di landasan betul - Muhyiddin

“Begitu juga kerajaan yang mendapat sokongan majoriti rakyat secara langsung dengan dikembalikan kepada mereka melalui pilihan raya umum, persediaan mengisi kemenangan dengan menyediakan pasukan calon yang berwibawa bagi memandu masa depan negara yang akan menghadapi cabaran yang lebih besar dan lebih mencabar dari segi politik, ekonomi dan budaya,” katanya.

Baca juga:   Guru tadika saman PDRM RM100j

Bagaimanapun katanya, disebabkan kesan daripada kegagalan ideologi Timur dan Barat serta wabak pandemik Covid-19 yang melumpuhkan segala kegiatan dan pergerakan, perlu untuk memanfaatkan sumber tenaga dan kepakaran manusia serta hasil perut bumi di tanah air sendiri.

Katanya, persediaan sumber manusia amat perlu melalui sistem pendidikan holistik yang merangkumi unsur jasadi, rohani dan aqli, termasuk mengatur konsep media yang bermoral dan kemajuan teknologi terkini.

Begitu juga perancangan ekonomi yang menghasilkan peluang pekerjaan dan menjana hasil keperluan negara yang mencukupi, serta memperkasakan kehebatan undang-undang dengan memperkenalkan syariat Islam yang sempurna.

Tambahan lagi katanya, menyediakan jentera kerajaan dan pasukan yang mewujudkan keselamatan dan keamanan negara yang hebat.

Sementara itu, Abdul Hadi mengingatkan ahli-ahli Pas supaya jangan hanya sekadar menjadi ahli tanpa melakukan kerja, atau menubuhkan cawangan tanpa bergerak.

Menurutnya, ahli Pas perlu faham bahawa kerja pilihan raya bukan semata-mata semangat untuk bertanding kerusi yang banyak sahaja, tetapi ia juga memerlukan persediaan untuk menang sehingga negara diperintah mengikut acuan Islam.

Baca juga:   Boikot sawit: KPPK sambut baik keputusan DSB WTO

Tambah Ahli Parlimen Marang itu, kerja-kerja seperti meningkatkan jumlah ahli, cawangan dan penyokong, serta pengukuhan Wahdah Ummah bersama Islam hendaklah diusahakan di tempat masing-masing.

Abdul Hadi berkata, begitu juga dengan usaha memperbanyakkan tempat dan lapangan bagi memenangi kerusi sebanyak mungkin.

“Jangan hanya sekadar menjadi ahli tanpa melakukan kerja, atau menubuhkan cawangan tanpa bergerak.

Baca juga:   Kenapa perlu biadab beri komen ketika pemimpin sakit?

“Jangan sekadar meletakkan calon tanpa mempersiapkan cawangan, jentera dan petugas yang berkemampuan untuk melakukan kerja pilihan raya bagi mencari dan mendapat undi seramai mungkin, bukannya meramaikan musuh,” katanya.

Sebagai rekod, Muktamar Pas kali ke-66 dilakukan secara ringkas dan berlangsung tanpa kehadiran pemerhati serta dilangsungkan secara dalam talian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Kos penyediaan RMK-12 kecil sahaja, bukan RM2 bilion

CYBERJAYA - Kerajaan tidak pernah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion untuk menyiapkan buku Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) sepertimana didakwa...

Lagi Artikel Berkaitan