27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 4, 2023

Portal berita platform pengiklanan yang menguntungkan

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Kewujudan banyak portal berita termasuk Edisi 9 di Malaysia ketika ini membuka ruang kepada platform pengiklanan yang lebih besar kepada syarikat swasta dan agensi kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Dr Chamil Wariya berkata, para pengiklan juga pasti mendapati bahawa promosi melalui platform portal berita adalah lebih berkesan dan menguntungkan mereka.

“Saya percaya lama-kelamaan apabila para pengiklan mula merasakan bahawa dengan membeli ruang dalam alam maya adalah lebih menguntungkan.

“Maka ketika itu portal-portal berita dan sebagainya boleh menjadi organisasi media yang berdaya maju dari segi ekonomi,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Malam Wartawan Malaysia anjuran MPI di sebuah hotel di Kuala Lumpur, malam tadi.

portal
Chamil Wariya menyampaikan ucapan pada Malam Wartawan Malaysia 2020 di Kuala Lumpur malam tadi. Gambar: MPI / RAZAK AID

Sebanyak 20 kategori dipertandingkan untuk Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2019 (HKM2019) dengan nilai hadiah keseluruhan berjumlah RM300,000.

Kategori yang dipertandingkan adalah Infografik Terbaik, Desain Halaman Pertama Terbaik, Kewartawanan Foto Cemerlang, Hadiah Wartawan Muda A. Samad Ismail, Penulisan Kolum/ Rencana Pengarang, Kartun Editorial Terbaik, Foto Esei Cemerlang.

Baca juga:   Peniaga makanan guna paku, dawai kokot boleh dipenjara - KKM

Kategori-kategori lain termasuk Kewartawanan Penyiasatan Cemerlang, Laporan Radio Terbaik, Kewartawanan Antarabangsa Cemerlang, Dokumentari Video Terbaik, Penulisan Rencana Cemerlang, Kewartawanan Alam Sekitar Cemerlang Petronas, Kewartawanan Multimedia Terbaik dan Berita Video Terbaik dan Laporan Berita Cemerlang.

Baca juga:   Permohonan kekerapan penerbangan dipertimbang - Ka Siong

Majlis yang dirasmikan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin itu turut dihadiri Ahli Dewan Negara, Senator Ras Adiba Mohd Radzi, Tokoh Wartawan Negara 2011, Datuk A Kadir Jasin, Tokoh Wartawan Negara 2019, Tan Sri Johan Jaafar serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

Dalam majlis yang sama Tokoh Wartawan yang juga merupakan bekas Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, Allahyarham Datuk Ahmad A. Talib menerima Anugerah Khas Juri membawa pulang wang tunai RM10,000 trofi dan sijil penghargaan.

portal
Mohd Radzi Md Jidin (kanan) diperhatikan Chamil Wariya menyampaikan Anugerah Khas Juri kepada bekas Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, Allahyarham Datuk Ahmad A. Talib yang diwakili anaknya, Sophia Ahmad pada Malam Wartawan Malaysia 2020 di Kuala Lumpur, malam tadi. Gambar: MPI / AHMAD ZAHRUL

Anak perempuan beliau, Sophia Ahmad kelihatan sebak semasa menerima anugerah tersebut daripada Mohd Radzi.

Walau bagaimanapun, tiada wartawan yang menerima Anugerah Kajai iaitu hadiah utama bagi laporan terbaik yang mengungguli Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas tahun ini.

Baca juga:   Bukan biadab cuma mahu UMNO cari pemimpin baharu - Khairy

Memang benar apa yang dikatakan oleh Chamil itu. Edisi 9 turut menawarkan ruang iklan pada harga yang amat berpatutan dan pakej yang sangat menarik.

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut. – EDISI 9

Baca juga:   Dipecat:Saya tiada komen, tempoh bertenang - Annuar

Wartawan

Terkini

Liga Super: Terengganu mudah jinakkan Perak

TERENGGANU seperti dijangka tidak berdepan masalah untuk menundukkan Perak 3-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak,...

Lagi Artikel Berkaitan