26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Bot tunda, tongkang ditahan Zon Maritim Bintulu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ZON Maritim Bintulu telah menahan sebuah bot tunda dan tongkang yang sedang bergerak pada jarak lebih kurang 2.1 batu nautika dari Muara Kuala Tatau, Sarawak sekitar pukul 11.30 pagi Khamis lalu.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, bot tunda dan tongkang tersebut ketika ditahan sedang membawa muatan kargo disyaki kayu balak.

“Setelah pemeriksaan dilakukan, nakhoda gagal mengemukakan borang kebenaran untuk memuat atau memunggah kargo ke atas vesel daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati tujuh orang kru termasuk nakhoda merupakan warganegara India, tiga orang kru warga tempatan dan tiga orang kru warganegara Indonesia, berumur dalam lingkungan 26 hingga 65 tahun dan semuanya adalah lelaki.

Advertisements

“Sehubungan dengan itu, kesemua kru beserta bot tunda dan tongkang ditahan dan diiringi ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, kes akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana tiada barang-barang yang diangkut melalui air dari mana-mana tempat di Malaysia boleh didaratkan kecuali pada hari-hari masa yang ditetapkan.

“Komuniti maritim juga diminta untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan ataupun kemalangan di laut.

“Boleh hubungi terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu (086-314 254)/ Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) yang beroperasi 24 jam,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan