31.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Keputusan kemasukan ke MRSM diketahui malam ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEMAKAN tawaran keputusan kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi pelajar tingkatan satu dan empat akan dibuka bermula pukul 8 malam ini.

Pelajar yang memohon boleh memuat semakan dengan mengisi nombor kad pengenalan dalam portal Majlis Amanah Rakyat (Mara) di pautan http://www.mara.gov.my.

Mara menerusi Facebook berkata, calon yang berjaya perlu membuat pengesahan sama ada menerima atau menolak tawaran kemasukan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh keputusan.

Katanya, sekiranya calon gagal membuat pengesahan dalam tempoh yang diberikan, mereka dianggap menolak tawaran kemasukan ke MRSM.

Advertisements

Permohonan rayuan ke MRSM akan dibuka secara dalam talian bermula hari ini hingga 14 Mac depan.

Tiada sebarang penukaran tempat dibenarkan sepanjang pengajian dan pendaftaran bagi pelajar baharu ditetapkan pada 21 Mac ini.

Untuk rekod, Mara menerima 90,018 permohonan ke Tingkatan satu dan empat MRSM tahun ini namun kapasiti kemasukan pelajar ke tingkatan satu adalah seramai 7,169 murid, manakala tingkatan empat pula sebanyak 2,109 murid. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemegang jawatan dalam UMNO perlu tampilkan idea segar, bernas

PARA pemegang jawatan dalam UMNO di semua peringkat perlu tampil ke hadapan untuk memberikan idea-idea segar dan bernas, kata...

Lagi Artikel Berkaitan