26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

MB minta maaf kepada rakyat Selangor

Mesti Baca

SHAH ALAM- Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hari ini memohon maaf kepada rakyat Selangor berhubung tindakan isterinya memuat naik gambar kehadiran sebuah lori tangki air Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) ke kediaman rasmi mereka, kelmarin.

Amirudin berkata,  isterinya hanya mahu menzahirkan penghargaan terhadap syarikat itu yang menghantar bantuan air ke rumah mereka.

AMIRUDIN SHARI

“Beliau hanya nak sampaikan rasa gembiranya terhadap bantuan air yang diberikan Air Selangor, setelah seharian menunggu bantuan datang.

“Tapi perkara ini menjadi modal bagi sesetengah pihak untuk menyerang saya, tapi tak apalah saya dan isteri mohon maaf,” katanya yang dipetik Kosmo.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas program Dialog Belanjawan negeri Selangor 2021 di Pusat Perdagangan Setia City, di sini.

Advertisements

Kelmarin, Masdiana memuat naik gambar sebuah lori tangki air Air Selangor yang menghantar bantuan di kediamannya menerusi akaun media sosialnya.

Walau bagaimanapun, gambar tersebut mendapatkan reaksi negatif daripada segelintir netizen, yang beranggapan bahawa keluarga Amirudin mendapat layanan istimewa daripada Air Selangor.

Dalam pada itu, Amirudin berharap mana-mana pihak tidak memanjangkan lagi isu berkenaan dan meminta orang ramai supaya fokus semula terhadap isu pencemaran air yang sedang berlaku di Selangor.

Setakat pagi ini, menurutnya, lebih sejuta pemilik akaun Air Selangor sudah memperoleh bekalan air di kediaman dan premis mereka, meliputi 37 kawasan di seluruh negeri.

Amirudin menyasarkan bekalan air di seluruh Selangor akan pulih sepenuhnya pada Rabu ini. 

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan