Sunday, June 14, 2026

Polis tangkap pegawai bank guna 18 kad kredit pelanggan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS telah menahan seorang pegawai pemasaran sebuah bank disyaki terlibat dalam kes penipuan penggunaan kad kredit milik pelanggan tanpa kebenaran dengan kerugian ratusan ribu ringgit.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Razlam Ab Hamid, suspek berusia 31 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping di Jinjang, Kuala Lumpur pada 27 Februari 2023.

Menurutnya, polis turut merampas sebuah telefon bimbit, 16 kad kredit milik pelanggan dan 15 keping simkad.

“Laporan polis mengenai salah laku lelaki berkenaan dibuat seorang pengurus siasatan di bank tempatan berkenaan pada 17 Januari lalu.

“Suspek dipercayai menggunakan maklumat pelanggan untuk membuat permohonan kad kredit bagi kegunaan sendiri tanpa pengetahuan dan kebenaran pihak bank.

“Pihak bank berkenaan telah mengalami kerugian sebanyak RM563,422 ekoran daripada penggunaan 18 keping kad kredit yang telah diluluskan tanpa pengetahuan pelanggan”, katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Ujar Razlam, suspek telah ditahan reman selama empat hari, sehingga 3 Mac 2023, bagi membantu siasatan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-EDISI9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan