25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Banjir: Lebih 1,500 mangsa banjir di Johor, 21 PPS

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HUJAN lebat berterusan sejak semalam menyebabkan empat daerah di Johor mula dilanda banjir dan sebanyak 1,591 mangsa banjir dipindahkan ke 21 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 8 pagi tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, kebanyakan penempatan di kawasan rendah dan berhampiran sungai dinaiki air banjir  menyebabkan PPS menenpatkan 560 keluarga mula dibuka sejak pukul 1 pagi tadi.

Menurutnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Segamat menjadi daerah paling terjejas dengan seramai 746 mangsa daripada 209 keluarga ditempatkan di enam PPS yang dibuka.

“Johor Bahru pula adalah daerah kedua paling terjejas dengan 560 mangsa yang dipindahkan di enam PPS, diikuti Kluang yang mempunyai 188 mangsa daripada 162 keluarga di enam PPS.

“Seramai 123 mangsa daripada 32 keluarga pula ditempatkan di tiga PPS di Kota Tinggi.

Advertisements

“Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya atau merah ke atas semua 10 daerah negeri ini sehingga esok, sekali gus meningkatkan risiko banjir di kawasan rendah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan paras air sungai, Azmi berkata, 10 sungai utama masing-masing tiga di Segamat dan Kulai, Johor Bahru (dua) dan masing-masing satu di Kluang dan Pontian, berada pada paras bahaya pagi ini.

Manakala menurutnya, dua jalan utama masing-masing di Kluang dan Segamat, turut ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan kerana dinaiki air banjir.

“Ia membabitkan Jalan Kluang-Mersing (Ladang Greenway FT050) di Kluang dan Jalan Bekok (J150) yang dinaiki air bah hampir satu meter,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan