24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Anggota Rela tidak dibenar bawa, guna senjata api

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ANGGOTA Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) tidak dibenarkan menggunakan senjata api untuk sebarang tujuan termasuklah aktiviti membasmi musuh tanaman.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, larangan itu tertakluk di bawah Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 (Akta 752).

Bagaimanapun menurutnya, sekiranya terdapat keperluan, permohonan kebenaran menggunakan senjata api boleh dipertimbangkan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

“Permohonan boleh dikemukakan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta tertakluk kepada Akta Senjata 1960 dan Akta Perhilitan 2010,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang memintanya menyatakan sebab-sebab kelewatan penyerahan semula senjata api anggota Rela.

Advertisements

Ujar Wan Ahmad Fayhsal, penduduk Machang khususnya mengalami kerugian ratusan ribu ringgit apabila hasil pertanian terutamanya pada musim buah-buahan akibat haiwan perosak yang sukar dibasmi tanpa bantuan anggota Rela bersenjata.

Dalam pada itu, Saifuddin menjelaskan pembasmian musuh tanaman bukannya tugas dan tanggungjawab anggota Rela tetapi oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

“Anggota Rela boleh membantu mana-mana pasukan atau pihak berkuasa keselamatan yang ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis apabila diminta oleh pasukan keselamatan atau pihak berkuasa yang berkenaan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan