30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Gara-gara tunjuk telur, Ka Siong terima surat saman

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memaklumkan beliau menerima surat saman daripada pengimport telur dari India susulan kenyataannya pada sidang Dewan Rakyat minggu lalu mengenai isu kekurangan telur.

Ka Siong (BN-Ayer Hitam) berkata, pentas Dewan Rakyat merupakan platformnya untuk mengutarakan masalah yang dihadapi rakyat.

“Cuma saya hairan apabila saya berucap di sini (Dewan Rakyat), saya (ada) terima surat daripada peguam yang mewakili pengimport dari India. Itu yang saya tak faham dan saya ditegah untuk berucap.

“Ini yang teruk. Sebab itu saya ada jawab nanti, tengok Facebook saya. Saya kena tunjukkan. Ini medan saya sebagai wakil rakyat.

“Saya rasa terpanggil untuk membawa isu ini (kekurangan telur). Apa salah saya sehingga pengimport melalui peguam tulis surat (saman) kepada saya. Ini floor (platform) saya,” katanya pada sesi perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Rabu lalu, Ka Siong pula membangkitkan isu kekurangan stok telur dengan mencelah pada sesi menteri-menteri ( Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu) menjawab perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Ka Siong menunjuk telur ayam berkenaan kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat bahawa ketiga-tiga telur ayam berkenaan, sebiji dari India, sebiji telur ayam tempatan dan sebiji lagi telur Omega bagi membandingkan saiz dan harganya kepada Dewan.

Sementara itu ketika menjawab pertanyaan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin (PN-Putrajaya) adakah bersetuju untuk kerajaan menyatakan nama syarikat serta bantuan yang diberi kepada pihak terlibat, Ka Siong menegaskan beliau tidak berminat untuk mengetahui.

“Saya tidak minat, saya tidak sebut syarikat apa dan saya tak nak tahu (nama syarikat). Tetapi kalau Yang Berhornat (Mohd Radzi) nak tahu, kena tanya menteri (Mohamad) yang jawab.

“Sebab siapa yang dapat, ada elemen subsidi (atau tidak), saya tak nak tahu, saya tidak cakap apa-apa. Tak cakap pun sudah kena saman, saya pun tidak tahu apa (berlaku) ini,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan