27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Amaran banjir di Kluang, Kota Tinggi, Kulai dan Johor Bahru

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PUSAT Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir melibatkan empat daerah di Johor, bermula tengah malam ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) JPS, banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan.

Menurutnya, menerusi amaran banjir dikeluarkan PRABN JPS pada pukul 12.30 tengah hari ini, jabatan berkenaan memaklumkan ramalan itu susulan amaran hujan berterusan (waspada) oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pada 12.15 tengah malam tadi dan hasil simulasi model ramalan banjir.

“Di Johor Bahru, kawasan berisiko terjejas ialah Jalan Sungai Tiram, Kampung Kangkar Sungai Tiram dan kawasan sekitarnya.

“Manakala bagi daerah Kluang pula di Kampung Mengkibol, Kampung Baharu, Sungai Kahang di Batu 26 Jalan Kluang, Pekan Layang-Layang, Kampung Orang Asli Sedohok dan kawasan sekitarnya,” katanya hari ini.

Advertisements

Manakala di daerah Kota Tinggi, meliputi Kampung Semanggar dan Kampung Sungai Telor serta kawasan sekitarnya sementara di Kulai pula, kawasan berisiko ialah Sungai Siam di Kampung Sungai Siam dan kawasan sekitarnya.

“Amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan penduduk terutamanya di kawasan dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir,” menurut kenyataan JPS itu lagi,” katanya.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan