30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Lari daripada Imigresen, lelaki asing cedera jatuh bangunan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HASRAT seorang lelaki warga New Zealand melarikan diri daripada pemeriksaan Imigresen berakhir dengan tragedi apabila dia terjatuh dari tingkat 14 ke tingkat 11 di sebuah blok di Pusat Perdagangan Phileo Damansara, Kuala Lumpur hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.15 petang.

Menurutnya, seramai 11 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami dimaklumkan seorang lelaki warga New Zealand berusia 36 tahun terjatuh dari tingkat 14 ke tingkat 11 akibat melarikan diri daripada pihak Imigresen,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Advertisements

Ujar Hafisham lagi, kejadian itu menyebabkan lelaki berkenaan cedera di bahagian tangan dan tulang pinggul.

“Mangsa dibawa turun oleh pihak bomba menggunakan pengusung sebelum diberikan rawatan awal oleh pasukan Bulan Sabit Merah,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bekas kakitangan Utusan dapat persetujuan Mahkamah Persekutuan

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan