Sunday, June 14, 2026

KKM sasar bentang semula RUU kawalan produk tembakau

Mesti Baca

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan untuk membentangkan semula Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dalam masa terdekat supaya penguatkuasaannya dapat dimulakan tahun depan.

Menerusi jawapan disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini, KKM memaklumkan telah membuat penelitian semula dan akan meneruskan pembentangan rang undang-undang berkenaan dengan pindaan yang dipersetujui Jawatankuasa Pilihan Khas melalui Penyata yang disiarkan pada 5 Oktober tahun lepas.

Ia bagi menjawab soalan Wong Chen (PH-Subang) yang bertanyakan mengenai garis masa kementerian untuk menggubal Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022.

Rang undang-undang itu telah digubal dengan bacaan kali pertama serta kedua dibuat pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Sidang Dewan Rakyat ke-14 pada Ogos 2022.

Bagaimanapun, rang undang-undang berkenaan dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Menimbang Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk penelitian lanjut.

Menurut KKM pembentangan rang undang-undang itu tertangguh akibat pembubaran Parlimen pada 10 Oktober 2022. – BERNAMA

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan