27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

16 tan makanan haiwan dari Singapura dirampas – Maqis

Hasil pemeriksaan mendapati makanan haiwan berkenaan dibawa masuk tanpa mengemukakan Permit Import Maqis yang sah.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CUBAAN membawa masuk 16 tan makanan haiwan ke negara ini melalui Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah Johor Baharu, tidak berjaya apabila berjaya dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor semalam.

Pengarahnya, Edie Putra Md Yusof berkata, 16 palet makanan yang dibawa masuk dari Singapura itu ditahan pada jam 3.30 petang, selepas disyaki tidak mempunyai permit import yang sah.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan Pegawai Penguasa Maqis itu kemudian menemukan muatan 640 guni makanan haiwan dengan pembungkusan 25 kilogram setiap guni.

“Semua guni makanan haiwan itu disusun atas 16 palet dan dianggarkan bernilai RM326,390.90.

Advertisements

“Hasil pemeriksaan mendapati makanan haiwan berkenaan dibawa masuk tanpa mengemukakan Permit Import Maqis yang sah sebelum kemudian ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Edie Putra berkata perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian tanpa permit import pihaknya adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama.

Katanya, jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara maksimum enam tahun atau kedua- duanya sekali.

“Pihak Maqis sentiasa komited dalam menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk bagi menjamin keselamatan keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara dan mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan, seterusnya memastikan biosekuriti makanan negara sentiasa terkawal,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan