33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Mercedes Benz dipandu melulu, 2 warga asing ditahan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA lelaki warga asing telah ditangkap polis berhubung kes sebuah kereta jenis Mercedes Benz berwarna hitam dipandu secara berbahaya dan melanggar sebuah motosikal di kawasan George Town, Pulau Pinang.

Insiden berkenaan menjadi tular selepas  video berdurasi satu minit tujuh saat dimuat naik di laman Facebook Kemalangan Jalan Raya 2023.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, kira-kira pukul 3 petang tadi, pihaknya terkesan video tersebut dan hasil semakan mendapati kejadian berlaku pada 8 Februari lalu.

“Pada 8 Februari lalu, kaunter aduan Balai Polis Central, George Town telah menerima aduan awam melalui panggilan telefon bahawa terdapat kejadian langgar lari melibatkan sebuah motokar jenis Mercedes Benz warna hitam di persimpangan Jalan Pintal Tali – Lebuh Chulia.

“Anggota ronda telah diarahkan ke lokasi kejadian dan mendapati motokar tersebut telah tiada di lokasi.

“Hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, tangkapan telah berjaya dibuat ke atas dua lelaki warga asing yang mengaku terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Ujar Soffian lagi, kenderaan yang digunakan turut dirampas di sebuah bengkel membaiki motokar.

“Tangkapan telah ditahan reman selama lima hari sehingga hari ini untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan atas kesalahan memandu dengan gopoh di jalan awam dan jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh enam bulan, atau denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya.

Dalam pada itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak menularkan rakaman video tersebut untuk mengelakkan sebarang spekulasi.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan