27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Rakyat Malaysia parah ditembak di Betong

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG rakyat Malaysia parah ditembak dalam kejadian di hadapan sebuah kedai serbaneka di Bandar Betong, Wilayah Yala, Selatan Thailand, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintenden Zulkepli Ibrahim berkata, lelaki berusia 55 tahun dari Kampung Padang Tamat, Pengkalan Hulu, Perak itu dipercayai ditembak suspek tidak dikenali.

Menurutnya, akibat tembakan itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian perut dan paha.

“Kejadian sekitar pukul 9 malam waktu Thailand itu berlaku ketika mangsa yang sedang menunggang motosikal ditembak sebanyak tiga kali di hadapan sebuah kedai serbaneka.

“Mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Betong bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Ujar Zulkepli lagi, suspek dipercayai warga Thailand itu berjaya melarikan diri dan setakat ini, penyerang terbabit masih belum ditangkap.

Advertisements

Menurutnya, siasatan dijalankan pihak polis Thailand bagi mengesan suspek tersebut dan motif serangan itu dilakukan sama ada berpunca daripada hal peribadi atau perniagaan.

“Mangsa yang berasal dari Pengkalan Hulu itu dikatakan telah lama keluar masuk ke Daerah Betong kerana dipercayai mempunyai isteri warga Thailand.

“Mangsa yang pernah menjalankan perniagaan pusat hiburan di Bandar Betong juga mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dadah di Malaysia,” katanya.

Ujar beliau, siasatan kes berkenaan dijalankan sepenuhnya oleh pihak polis Thailand.

“Bagaimanapun, kita akan membantu pihak berkuasa Thailand dari sudut siasatan kes tersebut,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan