Sunday, June 14, 2026

Gempa bumi magnitud 5.1 melanda Pulau Utara New Zealand

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GEMPA bumi berukuran magnitud 5.1 melanda daerah Waikato di bahagian tengah Pulau Utara New Zealand pada hari Rabu, menurut GeoNet.

Gempa bumi yang dilaporkan berlaku pada 5.30 pagi waktu tempatan itu menggegarkan kawasan yang terletak lima kilometer ke selatan pekan Te Aroha, pada kedalaman tujuh kilometer.

Lebih 20,000 orang melaporkan merasa gegaran dalam masa satu jam, menurut GeoNet, lapor Xinhua.

Ramai penduduk berkata gempa itu berasa “agak kuat” dan berlarutan “lebih 20 saat”.

Tiada laporan mengenai kerosakan besar atau panggilan untuk bantuan setakat ini. – BERNAMA

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan