27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Mahkamah benarkan bicara kes Siti Bainun ditangguh 2 hari

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan penangguhan perbicaraan selama dua hari bagi kes penderaan kanak-kanak dihadapi pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan penangguhan prosiding pembelaannya, yang dijadual bermula esok sementara menunggu permohonan Siti Bainun untuk menyemak semula pertuduhan.

“Saya akan memberi keputusan (mengenai semakan pertuduhan dan bantahan pihak pendakwaan terhadap semakan itu) pada 13 Januari.

Sementara itu, saya akan memberi penangguhan, yang akan menjejaskan pendengaran esok dan Jumaat,” katanya, lapor Free Malaysia Today.

Siti Bainun dibicarakan atas dua pertuduhan melakukan penderaan dan pengabaian terhadap seorang remaja perempuan Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella di sebuah kondominium di Wangsa Maju pada 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Siti Bainun mahu menyemak semula pertuduhan terhadapnya dengan alasan ia cacat.

Dia mendakwa keputusan Mahkamah Sesyen untuk memerintahkannya membela diri atas pertuduhan penderaan kanak-kanak adalah terbatal dan tidak sah kerana hakim gagal mempertimbangkan pertuduhan yang “cacat” itu.

Terdahulu, peguam Siti Bainun, PG Cyril, berkata anak guamnya mengambil pendirian tidak tahu apa yang perlu dijawab dalam mengemukakan pembelaannya kerana pertuduhan itu “cacat”.

Cyril menegaskan ia adalah pendirian pihak pembelaan bahawa kedua-dua pertuduhan itu cacat, dan itulah sebabnya dia mahu Mahkamah Tinggi menyemaknya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad memberitahu mahkamah bahawa Siti Bainun menggunakan laluan yang salah untuk mencabar pertuduhan itu.

Katanya, pihak pembelaan sepatutnya menghantar surat kepada Mahkamah Tinggi untuk meminta semakan terhadap perintah Mahkamah Sesyen, bukannya notis usul. – BERNAMA

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan