24.8 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

Segera keluarkan SOP cegah penularan varian baharu – Hamzah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN diminta bertindak segera dengan mengeluarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang jelas bagi memastikan kepentingan negara terjamin, terutamanya bagi menjaga nyawa rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata,  SOP tersebut mestilah bersifat mencegah agar penularan varian tersebut dapat dibendung dengan berkesan.

Malah menurut beliau, SOP berkenaan haruslah adil kepada semua pihak bagi memelihara kelangsungan kehidupan rakyat, terutama mereka yang terlibat dalam industri pelancongan dan perniagaan.

“SOP tersebut juga mestilah mempunyai perincian yang mampu memantau serta menjejaki pengembara yang berada dalam negara dan mengambil kira keupayaan sistem kesihatan awam.

“Kerajaan wajar dengan segera mengaktifkan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan semua jabatan dan agensi kerajaan bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Hamzah lagi, ramai rakan-rakan di media sosial yang melahirkan rasa risau dan bimbang berkenaan perkembangan kes Covid-19 di serata dunia, terutamanya di negara China.

Baca juga:   Negara beri peluang anak muda pegang jawatan

Menurut Ahli Parlimen Larut itu, seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sehingga 31 Disember lalu sebanyak 4,152 kes varian BA.5.2 dan 3 kes varian BF.7 direkodkan di seluruh negara.

“Ada yang mencadangkan agar Malaysia menutup sempadan atau menghalang kemasukan pengembara dari negara China di pintu-pintu masuk negara,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Cerun runtuh: Jalan depan Balai Polis Senawang ditutup sementara

JALAN Persiaran Senawang 3 (N035) berhadapan Balai Polis Senawang, ditutup sementara kepada semua jenis kenderaan akibat cerun runtuh di...

Lagi Artikel Berkaitan