26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Menang Piala Malaysia: Alhamdulilah – TMJ

JDT bangkit daripada ketinggalan untuk dinobat sebagai juara Piala Malaysia apabila mengatasi Selangor FC 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TENGKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluahkan rasa syukur atas kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai juara Piala Malaysia malam tadi.

JDT bangkit daripada ketinggalan untuk dinobat sebagai juara Piala Malaysia apabila mengatasi Selangor FC 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Alhamdulilah,” kata Tengku Mahkota Johor dalam Facebook pagi ini.

Terdahulu, JDT sekali lagi ke pentas final selepas tewas dalam edisi terdahulu kepada KL City memasang hajat untuk melengkapkan tiga kejuaraan selepas menjuarai Liga Super dan Piala FA.

Advertisements

Bagaimanapun, Selangor bermula garang dan tampak berada di kedudukan baik untuk menjulang Piala Malaysia selepas mendahului menerusi sepakan penalti Herlison Caion pada minit ke-45.

Namun, jaringan Bergson da Silva di mini ke-45, diikuti gol Fernando Forestieri memastikan kemenangan Harimau Selatan.

JDT yang sebelum ini bergelar juara Liga Super buat musim kesembilan berturut-turut akan beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia musim depan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh DZULFAIDHI HAKIMIE DZULRAIDI GURU sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan yang penting dalam membentuk generasi akan datang. Namun, menjadi...

Lagi Artikel Berkaitan