24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

Tanah runtuh di Pulau Ischia: Wanita maut, puluhan masih hilang

Mayat seorang wanita ditemui oleh penyelamat, manakala kira-kira sedozen atau lebih ramai lagi tidak dapat dikesan pada awal petang semalam.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita maut, manakala puluhan lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di Pulau Ischia, Itali, kata pegawai dan perkhidmatan kecemasan.

Memetik AFP, banjir lumpur yang melanda bandar Casamicciola Terme pada awal pagi semalam, menenggelamkan sekurang-kurangnya sebuah rumah dan menghanyutkan kereta ke laut, kata laporan media dan perkhidmatan kecemasan.

Mayat seorang wanita ditemui oleh penyelamat, manakala kira-kira sedozen atau lebih ramai lagi tidak dapat dikesan pada awal petang Sabtu, menurut pegawai Naples, Claudio Palomba.

Bagaimanapun, katanya, beberapa yang dilaporkan hilang pada awalnya ditemui selamat termasuk sebuah keluarga bersama bayi baru lahir.

“Kami khuatir mungkin ada mangsa lain, tetapi setakat ini hanya seorang yang maut,” kata jurucakap perkhidmatan bomba, Lara.

Baca juga:   Dua maut, kereta terbabas di KM29 Jalan Seremban-Kuala Pilah

Usaha menyelamat agak sukar susulan hujan berterusan dan angin kencang, malah feri yang membawa bantuan dari tanah besar terpaksa ditangguhkan.

Menteri Dalam Negeri Matteo Piantedosi sebelum ini memaklumkan, terdapat mangsa terperangkap dalam lumpur, dan menyifatkan ia situasi yang ‘sangat serius’.

Bagaimanapun, beliau menafikan kenyataan rakan sekerjanya Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Infrastruktur, Matteo Salvini yang memaklumkan lapan individu meninggal dunia, dan mengatakan belum ada pengesahan mengenainya.

Hujan lebat menyebabkan lumpur memenuhi jalan di Casamicciola Terme, di utara Ischia, sebuah pulau terletak berhampiran Capri yang dipenuhi pelancong pada musim panas.

Baca juga:   4 daripada 5 mangsa tanah runtuh Ampang terkorban

Pihak bomba sebelum ini berkata, sebuah rumah ditenggelami lumpur dan dua berjaya diselamatkan dari sebuah kereta yang hampir dihanyutkan ke laut.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Cerun runtuh: Jalan depan Balai Polis Senawang ditutup sementara

JALAN Persiaran Senawang 3 (N035) berhadapan Balai Polis Senawang, ditutup sementara kepada semua jenis kenderaan akibat cerun runtuh di...

Lagi Artikel Berkaitan