32 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

BN nafi keluar kenyataan sokong Anwar dengan bersyarat

Menurut kenyataan tular itu lagi, BN juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Anwar kerana mengotakan janji dalam pertemuan Hotel Seri Pacific untuk memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada BN.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) tidak mengeluarkan kenyataan yang menyatakan sokongan parti itu terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 dengan sokongan bersyarat.

Parti berkenaan membuat penafian berhubung kenyataan palsu yang kini tular di media sosial.

“BN menafikan kenyataan palsu yang tular di media sosial,” katanya dalam Facebook hari ini.

Dalam hantaran berkenaan turut dikongsikan kenyataan palsu yang menggunakan kepala surat dengan lambang parti berkenaan.

Kenyataan tular palsu bekenaan turut memetik Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai berkata, BN menyokong Anwar dengan SD bersyarat 30 Ahli Parlimen BN.

Menurut kenyataan tular itu lagi, BN juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Anwar kerana mengotakan janji dalam pertemuan Hotel Seri Pacific untuk memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada BN.

“Oleh yang demikian, Pimpinan Tertinggi Barisan Nasional telah bersetuju untuk menamakan Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hassan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri untuk Barisan Nasional,” dakwa kenyataan tular tersebut.

Bahkan, kenyataan tular palsu itu turut mendakwa pimpinan tertinggi BN juga bersetuju untuk menyerahkan beberapa nama cadangan untuk di calonkan dan di pertimbangkan sebagai nama untuk beberapa Menteri Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan yang bakal di bentuk kelak.

Turut dikongsikan senarai nama Ahli Parlimen BN, Datuk Seri Mohamad Hassan sebagai Menteri Dalam Negeri); Datuk Seri Johari Ghani (Menteri Kewangan) Dato’ Sri Azalina Othman (Menteri Hal Ehwal Undang-Undang) Dato’ Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pelajaran) Datuk Mohamad Alimin (Menteri Kerja Raya).

Bahkan kenyataan palsu itu turut menyebut semoga dengan kerjasama berkenaan dapat memudahkan segala urusan pentadbiran Anwar dalam membuat segala keputusan berkaitan pentadbiran kerajaan dan juga kes-kes yang sedang di bicarakan.

-EDISI9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan