30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

PM beri tempoh dua minggu sediakan dasar subsidi bersasar

Malah menurutnya, tempoh dua minggu itu dilihat sesuai sejajar dengan selesainya pembentukkan kabinet.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan tempoh dua minggu kepada semua kementerian berkaitan untuk merangkap dasar subsidi bersasar bagi mengurangkan beban ke atas kewangan kerajaan.

Malah menurut beliau, pemberian subsidi harus dilaksanakan secara bersasar demi memastikan hanya golongan yang benar-benar memerlukan dapat menikmatinya.

Selain itu menurut beliau, implikasi subsidi perlu diteliti kerana ia tidak bersasar ketika ini dengan turut dinikmati golongan kaya dan industri.

“Saya tidak ada masalah dengan subsidi untuk rakyat, (cumanya) subsidi harus bersasar, jika tidak harga minyak sebagai contoh, dimanfaatkan oleh golongan miskin dan kaya.

“Saya beri tempoh dua minggu untuk mencerakin, menyelusuri seluruh implikasi dan bincang dengan sektor swasta, pelabur supaya mereka faham subsidi tujuannya untuk meringankan beban rakyat miskin,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 bersama jabatan dan agensi kerajaan.

Baca juga:   Kesilapan kerajaan terdahulu tidak boleh diteruskan - PM

Mesyuarat khas berkenaan adalah bagi membincangkan isu kos sara hidup yang menekan rakyat.

Antara pegawai tinggi kerajaan yang hadir pada mesyuarat bermula 11 pagi tadi ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, pegawai-pegawai daripada Jabatan Perangkaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

Baca juga:   Terima kasih Abah, tahniah Paklong Mail!

Selain itu, Anwar menegaskan subsidi bersasar itu juga akan melibatkan tarif elektrik dan dari segi angka yang dibentangkan dalam mesyuarat sebentar tadi, manfaat golongan miskin itu hampir sama dengan manfaat yang diperoleh golongan kaya iaitu hampir RM2.5 bilion.

“Jadi bagi saya tak munasabah‚Ķ namanya subsidi (untuk rakyat susah) tapi mendapat manfaat pada yang lain. Subsidi elektrik diteruskan, bila saya sebut macam ni saya tak nak ada kebimbingan subsidi untuk rakyat tetapi untuk golonhan terkaya dan industri besar tidak harus memperoleh subsidi ini kerana memberi beban kewangan yang besar untuk kerajaan.

Malah menurutnya, tempoh dua minggu itu dilihat sesuai sejajar dengan selesainya pembentukkan kabinet.

“Kita dapat meneliti keseluruhan dasar ini dan kementerian yang ditugaskan akan berbincang dengan semua pihak termasuk sektor swasta sebelum diangkat (cadangan dasar) bagi pertimbangan Jemaah Menteri.

Dalam pada itu, beliau menegaskan walaupun pemberian subsidi bersasar selepas ini tidak dapat dimanfaatkan oleh golongan terkaya dan industri besar, namun terdapat kepentingan lain yang akan disediakan untuk golongan tersebut.

Baca juga:   Februari 10 menggamit memori Anwar masuk penjara (sekali lagi)

“Antaranya, kemudahan insentif untuk syarikat yang akan diperbaiki supaya tidak menjadi beban buat mereka (golongan terkaya dan industri besar) kerana mereka sudah biasa dengan subsidi ini,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Banjir: PDRM siap siaga gerakkan anggota tambahan

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga bagi mengerakkan dan menambah pegawai termasuk anggota polis dari Bukit Aman bagi...

Lagi Artikel Berkaitan