27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Tun M ucap terima kasih kepada 4,566 pengundinya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TUN Dr Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada 4,566 pengundi di Parlimen Langkawi yang memberi undi kepada beliau dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) baru-baru ini.

Bekas Perdana Menteri yang paling lama berkuasa itu bagaimanapun tewas dalam usaha beliau untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU-14 lalu.

Jumlah undi yang diperoleh Pengerusi parti Pejuang itu nyata tidak cukup sehingga bekas Perdana Menteri selama 22 tahun 22 bulan itu hilang wang deposit.

“Saya tidak tahu siapa yang telah mengundi saya kerana undi itu rahsia jadi saya tidak ada jalan lain untuk ucap berbanyak terima-kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian kerana telah dengan berani memberi undi kepada saya.

“Walaupun saya mungkin tidak kenal setiap seorang dari tuan-tuan dan puan-puan tetapi saya merasa sangat berbesar hati kerana semangat, keberanian dan penolakan rasuah oleh semua untuk memberi undi kepada saya yang mewakili Pejuang/GTA,” katanya hari ini.

Dr Mahathir berkata, walaupun jumlah sokongan yang diterima tidak banyak namun tidak bermakna perjuangan parti itu tidak benar.

“Malahan, kerana berpegang kepada prinsip perjuangan itulah kita kadang-kala dipinggir.

“Saya berharap agar tuan-tuan dan puan-puan tidak merasa terlalu sedih dan hilang semangat untuk meneruskan perjuangan kita untuk bangsa kita, agama kita dan juga tanah air kita,” katanya.

Dalam pertembungan lima penjuru di Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dari Perikatan Nasional (PN) menang dengan majoriti 13,518 undi.

Beliau memperoleh 25,463 undi menewaskan Datuk Armishah Siraj daripada Barisan Nasional (BN) dengan 11,945 undi.

Dr Mahathir bersama Zabidi Yahya (Pakatan Harapan) dan Datuk Paduka Abdul Kadir (Bebas) hilang wang deposit. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan