25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Muhyiddin kesal ucapan di Johor disunting, luar konteks sebenar

Video berdurasi satu minit 35 saat yang disebarkan melalui TikTok itu sengaja diedarkan pihak lawan untuk mencemarkan imej beliau, selain bertujuan mewujudkan naratif palsu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin meluahkan kekesalan kenyataannya dalam sebuah ceramah di Johor beberapa hari lalu yang tular di media sosial, sengaja disunting dan diambil di luar konteks sebenar.

Beliau berkata, video berdurasi satu minit 35 saat yang disebarkan melalui TikTok itu sengaja diedarkan pihak lawan untuk mencemarkan imej beliau, selain bertujuan mewujudkan naratif palsu.

“Klip video yang beredar di TikTok menyunting ucapan saya di Johor beberapa hari lalu secara terpilih dan telah dikeluarkan sepenuhnya di luar konteks sebenar.

“Keseluruhan ucapan saya adalah lebih kurang 55 minit. Klip ini yang sedang beredar di TikTok dan media sosial adalah terhad satu minit dan 35 saat daripada keseluruhan ucapan,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin menegaskan, beliau sentiasa bercakap mengenai keperluan kepada kestabilan politik dan mengelakkan rasuah, selain keperluan untuk DAP menghormati hak semua kaum di Malaysia termasuk hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Advertisements

Malah menurutnya, dalam ucapan itu beliau secara khusus menekankan hasrat PN untuk melaksanakan Wawasan Kemakmuran Bersama supaya tiada kaum yang ketinggalan.

“Saya kata, semua orang mesti makmur. Melayu, Cina, India mesti berkongsi bersama supaya kemakmuran negara boleh dikongsi oleh semua kaum.”

“Saya juga mengulangi komitmen PN mengenai keadilan dan kesaksamaan yang mana keseluruhan ucapan menggalakkan kestabilan, kedaulatan undang-undang, keadilan kepada semua kaum dan agama serta menegakkan kedaulatan undang-undang,” katanya.

Dalam rakaman sebuah ceramah di Johor pada Jumaat lalu, Muhyiddin dikatakan mendakwa kumpulan Yahudi mahukan Pakatan Harapan (PH) menang dalam PRU15, selain mengatakan PH bekerjasama dengan Yahudi serta orang Kristian untuk ‘menjajah’ negara.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan