26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Menteri agama cadang buat vlog di YouTube jawab isu semasa

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri bercadang untuk menghasilkan video blog (vlog) untuk dimuatkan dalam YouTube.

Beliau berkata, vlog itu akan digunakan beliau untuk berkongsi tugasa harian serta menjawab soalan-soalan oleh warga net tentang isu-isu pentadbiran hal ehwal Islam di negara ini.

Dr Zulkifli yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu menyatakan hasrat tersebut menerui akaun Twitternya hari ini.

“Setuju tak kalau saya buat vlog di Youtube Channel saya https://youtube.com/c/DatukDrZulkifliMohamadalBakri
untuk berkongsi tugasan harian saya dan menjawab soalan-soalan netizen tentang isu-isu pentadbiran hal ehwal Islam di Malaysia?

“Apa cadangan tajuk siri pertama vlog?” tanya Zukifli yang kemudian diberikan beberapa cadangan oleh kalangan pengikut twitternya yang kini mencecah 375,000 orang.

Advertisements
Paparan imej YouTube Channel Zulkifli Mohamad al-Bakri

Sementara YouTube Channel beliau pula sudah mencapai 40,000 pelanggan.

Sebahagian besar kandungan YouTube Channel beliau sebelum ini tertumpu kepada syarahan, ceramah dan soal jawab agama.

Zulkifli merupakan antara menteri Kabinet yang paling aktif menggunakan saluran media sosial untuk mendekati masyarakat.

Usaha tersebut dilakukan sejak beliau menggalas tugas sebagai Mufti Wilayah Persekutuan dan kini diteruskan walaupun sibuk dengan urusan sebagai menteri Kabinet.

Jika beliau menerbitkan vlog tersebut, Zulkifli boleh disenaraikan satu-satunya menteri Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mempunyai kandungan vlog sendiri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan