27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 8, 2023

Bapa lacur isteri dan anak didakwa esok

Mesti Baca

SHAH ALAM – Seorang pemandu lori yang tergamak melacurkan isteri dan anaknya sendiri berusia 13 tahun akan didakwa di Mahkamah Sesyen Klang esok.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, lelaki berusia 43 tahun itu akan didakwa di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dab Penyeludupan Migran (ATIPSOM) kerana melacurkan dua mangsa tersebut secara paksaan.

“Dia akan didakwa dengan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 13(b) dan 14 ATIPSOM dan Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pada masa sama, empat warga asing yang menjadi pelanggan kepada mangsa turut dihadapkan ke Mahkamah Kajang mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Sebelum ini, pada 11Julai lalu ibu saudara telah membuat laporan dengan mendakwa mangsa telah dirogol dan dilacurkan oleh bapa kandung sendiri di sebuah Kondominium, di Hulu Langat sejak tahun 2017. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

UMNO lancar Tabung Pendidikan Melayu

UMNO hari ini melancarkan Tabung Pendidikan Melayu dengan sasaran jumlah dana sebanyak RM10 juta dalam tempoh setahun. Pengerusi Sekretariat Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan