32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Siapa sahaja boleh sertai Muafakat Nasional tetapi… – Asyraf Wajdi

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Penubuhan Muafakat Nasional (MN) bukan sekadar untuk berkongsi kuasa dan perkiraan kerusi dalam pilihan raya.

Sebaliknya, ia bagi menamatkan perbalahan puluhan tahun antara UMNO dan Pas, selain memenuhi tuntutan Allah dan menyelamatkan Islam daripada terus diremehkan ekoran perpecahan umat.

ASYRAF WAJDI DUSUKI

Justeru, menurut beliau, sesiapa sahaja boleh menyertai MN asalkan mereka sedia menerima segala prinsip dan nilai teras yang digariskan dan dikongsi bersama.

“Yang jelas Muafakat Nasional dibina atas dasar keimanan, atas semangat penyatuan, atas landasan kesetiaan, atas ikatan persahabatan.

“Bukan sekadar perkongsian kuasa, bukan juga hanya perkiraan kerusi pilihanraya.

“Justeru, siapa sahaja boleh menyertai Muafakat Nasional, siapa sahaja dialu-alukan bersama, jika sedia menerima segala prinsip dan nilai teras yang digaris dan dikongsi bersama,” katanya menerusi akaun Facebooknya semalam.

Advertisements

MN terbentuk selepas kedua-dua parti Melayu dan Islam terbesar, UMNO serta Pas menandatangani piagam pada 14 September tahun lalu yang turut dibawa bersama rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) dan Gagasan Sejahtera.

Hasil kerjasama politik itu, MN telah memenangi enam pilihan raya kecil bermula dari Cameron Highlands dan terbaharu di Chini.

Walaupun MN menjadi sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Bersatu, namun UMNO telah membuat ketetapan untuk tidak bersama PN dalam pilihan raya umum akan datang.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mengesahkan bahawa Bersatu ada menyatakan hasrat mereka untuk menyertai MN.

Difahamkan Pas juga turut mempelawa parti serpihannya, Amanah untuk menyertai gagasan tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan