28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Inkues Adib hanya buang masa, lengahkan keadilan

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI

SAYA mengambil maklum cadangan kerajaan kepada pihak Peguam Negara untuk menuduh 12 orang suspek di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang merusuh dan menyerang jentera bomba dan mengadakan semula Inques utk siasatan lanjut di bawah Seksyen 339 (2) Kanun Prosedur Jenayah.

Walaubagaimanapun, cadangan tersebut seolah-olah menidakkan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Koroner Shah Alam pada 27.9.2019 yang memutuskan bahawa punca kematian arwah Adib adalah disebabkan dari perbuatan jenayah membabitkan dua atau lebih individu yang tak dikenali

Seksyen 143 Kanun Keseksaan adalah hukuman bagi mereka yang terlibat dalam sesuatu perhimpunan yang menyalahi undang-undang, di mana pesalah hanya dihukum penjara tidak lebih 6 bulan atau denda atau keduanya sekali. Ini tidak setimpal dengan nyawa seorang Penjawat Awam yang telah dibunuh.

Sewajibnya, pendakwaan yang patut dikenakan kepada mereka yang terlibat adalah kesalahan yang berkaitan dengan JENAYAH MEMBUNUH sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Bab 16 Kanun Keseksaan dan bukannya kesalahan himpunan haram.

Tambahan cadangan untuk mengadakan semula Inkues, walaupun dibenarkan oleh undang-undang, jelas membuang masa dan melengahkan lagi keadilan terhadap arwah Muhammad Adib dan ahli keluarganya.

Apatah lagi kesalahan yang telah dilakukan adalah suatu jenayah yang amat serius terhadap seorang Penjawat Awam yang sedang menjalankan tugas.

Marilah kita berdoa agar roh Allahyarham Adib ditempatkan dalam kalangan golongan beriman dan beramal soleh. Aamiin.

  • Kenyataan ini dipetik daripada Facebook Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan