29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, September 20, 2021

Bukan biadab cuma mahu UMNO cari pemimpin baharu – Khairy

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin mendedahkan, masih ada golongan di dalam UMNO mahu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kembali menjadi Presiden UMNO walaupun beliau sudah didapati bersalah oleh mahkamah.

Tegas Ahli Parlimen Rembau itu, keadaan itu berbeza dengan pendapat sebahagian besar rakyat, termasuk akar umbi UMNO yang mahu melihat parti itu terus bergerak ke hadapan.

“Saya cakap benda yang menjadi rahsia terbuka sekarang ini. Masih ada yang berharap Datuk Seri Najib kembali sebagai Presiden UMNO. Ini yang saya maksudkan. Mereka tak nak cakap benda ini, tapi saya terpaksa cakap. Bagi saya, kita perlu bergerak ke hadapan. Cari generasi baharu untuk memimpin UMNO.

“Sekarang ini presiden masih lagi ada, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Tak ada masalah sebab kes beliau masih dalam perbicaraan… tidak ada keputusan apa-apa lagi dari mahkamah. Tetapi kita mesti melihat selepas itu siapa? Apakah barisan kepimpinan baharu? Yang sebenarnya yang dikehendaki rakyat juga,” katanya dalam wawancara bersama Astro AWANI.

Khairy menegaskan beliau tidak kisah dikecam, namun mesej yang beliau sampaikan itu tidak seharusnya dinafikan kepemimpinan sedia ada.

“(Kita perlukan) yang boleh mengambil alih, yang boleh diberikan masa sekarang untuk membuat perancangan, untuk lima hingga 10 tahun akan datang. Itu maksud saya. Bukan saya biadab terhadap Datuk Seri Najib.

“Tengku Razaleigh cakap benda yang sama. Tetapi mungkin kerana Tengku Razaleigh adalah negarawan yang senior, tiada siapa yang berani untuk tegur, atau perli beliau.

Baca juga:   Acryl Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara baharu
Baca juga:   Zahid istiqamah walaupun difitnah dari dalam, luar parti

“Bukan hendak samakan saya dengan Tengku Razaleigh. Tetapi oleh kerana saya ialah KJ, nakal… semua saya kena kecam, dan saya kena kritik terutamanya orang orang kuat Datuk Seri Najib, dan mereka telah tembak messenger (kill the messenger),” katanya

Tegas bekas Ketua Pemuda UMNO itu, beliau sudah lali menerima kritikan terhadap pandangannya yang sering disifatkan tidak selari dengan arus perdana.

“Saya dah biasa sangat dengan kritikan ini. Kritikan ini sejak saya bermula dalam politik, lepas tu lepas pilihan raya 2008, zaman Pak Lah, Budak Tingkat Empat, macam-macam kritikan yang saya telah terima sampai ke hari ini.

“Jadi bagi saya kritikan ini perkara yang biasa. Mungkin sebab saya suka buat pendirian yang berbeza daripada arus perdana. Itu mengundang kecaman, kritikan, tohmahan, fitnah macam-macam,” katanya lagi.

Namun, tegas Khairy lagi, penting bagi UMNO untuk memberi peluang kepada generasi seterusnya bagi mempelopori era baharu selain menunjukkan teladan kepada generasi akan datang.

“Next generation maksud saya siapa? Sekarang ini generasi Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Zahid (Hamidi). Mereka ini berada dalam usia 60-an. Jadi the next generation is those in the fifties.

Khairy Jamaluddin bersama Hishammuddin Tun Hussein.

”Mereka yang berada dalam generasi 50-an. Sebagai contoh, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Mereka ini dalam usia 50-an.

Baca juga:   Pertahankan kedaulatan negara, perkukuhkan Muafakat Malaysia

“Dan mereka ini perlu disokong the next generation after that. Generasi 40-an seperti saya, Datuk Reezal Merican Naina Merican, Datuk Shamsul Anuar Nasarah sebagai contoh. Pemegang jawatan dalam kerajaan pada hari ini.

”Kalau kita melihat ada kumpulan seperti itu yang sudah bergerak ke hadapan bersama, sehaluan… ia mungkin dapat mengurangkan perpecahan dalam UMNO,” jelasnya lagi.

Dalam wawancara itu, Khairy juga menegaskan, UMNO sebagai parti pendokong aspirasi Melayu dan Islam di negara ini, tidak seharusnya dilihat cuba mempersoalkan integriti institusi kehakiman di negara ini.

Sebaliknya kata beliau, sebagai parti politik, UMNO harus menjadi benteng mempertahankan konsep pemisahan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman.

Baca juga:   Perwakilan setuju UMNO keluar dari kerajaan PN

“Bagi saya, kalau UMNO kata ‘oh kita kecewa kerana keputusan itu tidak mengikut kehendak kita’, dan kita marah kepada Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin). Itu adalah perkara yang sangat sangat… bagi saya… salah.

“Setahu saya sebagai (salah seorang) anggota pentadbiran, Perdana Menteri adalah seorang yang berintegriti dan tidak akan campur tangan dalam keputusan hakim. Jadi bagi saya UMNO tak boleh keluarkan kenyataan tersebut. Sebab seolah-olah nampak kita mengharapkan campur tangan,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Mengisi semangat patriotisme selepas 16 September

Oleh MOHD ZAINI OTHMAN MERIAH di corong radio memainkan lagu Tanggal 31 Ogos dendangan Allahyarhan Sudirman Hj Arshad serta lagu-lagu...

Lagi Artikel Berkaitan