27 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

PRU15 : Saran SPR haramkan pengundi bawa telefon bimbit

Pemuda UMNO memberi pandangan yang sama sepertimana Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini berkenaan dengan perkara tersebut.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMUDA UMNO memberi pandangan yang sama sepertimana Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini yang meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menguatkuasakan peraturan melarang telefon bimbit dibawa semasa mengundi di pusat pengundian.

Persetujuan pandangan itu dilontarkan Ketua Pemudanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Beliau berkata, SPR mesti haramkan membawa masuk telefon bimbit dan merakamkan kertas undi yang ditanda.

“Ini bagi menghalang dan mengekang sebarang bentuk rasuah politik dalam proses pengundian menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) 19 November ini,” katanya.

Advertisements

Baru-baru ini, Dr Mahathir meminta SPR menguatkuasakan peraturan melarang telefon bimbit dibawa semasa mengundi di pusat pengundian.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, ia antara kelemahan dalam sistem pilihan raya yang mendorong kepada perbuatan rasuah.

“Jika tidak dibetulkan rasuah dan penipuan akan dilakukan dalam pilihan raya. Umpamanya telefon bimbit boleh menidakkan rahsia pengundi. Parti boleh guna maklumat untuk sogokan.

“Pengundi boleh tunjuk melalui telefon bahawa dia sudah undi parti tertentu dan parti pun hulur wang,” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan