30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Terowong SMART ditutup, susulan hujan lebat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TEROWONG Lebuhraya SMART di ibu negara ditutup sepenuhnya kepada pengguna bagi melencongkan air banjir susulan hujan lebat yang melanda Lembah Klang, pagi ini.

Ia susulan paras air di beberapa sungai di sekitar ibu negara sudah melepasi tahap bahaya, amaran dan berjaga-jaga berikutan hujan lebat sejak beberapa jam lalu.

Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) menerusi Facebook dan Twitter mengeluarkan pemakluman mengenai penutupan terowong sepanjang 9.7 kilometer itu sekitar jam 8 pagi tadi.

Advertisements

“Terowong SMART ditutup sepenuhnya bagi persediaan operasi banjir,” katanya.

Operasi terowong SMART kini mengaktifkan Mod 3.

SMART turut memaklumkan operasi terowong bawah tanah itu kini mengaktifkan Mod 3, di mana terowong trafik ditutup dan dikosongkan daripada kenderaan, manakala air banjir dialirkan di bahagian bawah terowong.

Terowong SMART memiliki empat mod operasi, dengan Mod 4 adalah yang tertinggi dan akan diaktifkan sekiranya air banjir perlu dialirkan ke laluan trafik. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan