Sunday, June 14, 2026

Gas bocor : 3 termasuk petugas KKM pengsan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIGA termasuk seorang petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pengsan dalam insiden kebocoran gas di sebuah restoran makanan segera di Pandan Jaya, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata petugas KKM itu turut tidak sedarkan diri ketika masuk untuk membantu dua pekerja wanita dalam premis terbabit.

“Sebuah jentera dan dua pasukan hazmat dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 9.55 pagi.

“Tiga mangsa tidak sedarkan diri dipercayai akibat kebocoran gas di sebuah premis makanan segera.

“Pihak bomba sedang mengawal keadaan dengan tidak membenarkan mana-mana pihak memasuki restoran berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Norazam berkata,semua mangsa telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

“Identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan operasi kawalan pihak bomba sedang dijalankan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan