32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Tindakan Rais Hussin beri tamparan kepada Bersatu

Salah satu perkara yang dapat ditafsirkan ialah ketidakpercayaan kepada parti Bersatu sendiri.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff keluar daripada Bersatu menjelang pembubaran Parlimen merupakan satu tamparan besar kepada parti itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tentu bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan pengasas bersama Bersatu itu mempunyai faktor yang besar menyebabkannya bertindak keluar daripada parti, ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semakin hampir.

“Salah satu perkara yang dapat ditafsirkan ialah ketidakpercayaan kepada parti Bersatu sendiri yang dilihat bakal tewas dan tak boleh diselamatkan lagi.

“Akibat tindak tanduk pemimpin parti itu sendiri yang tidak merakyat, tidak mempunyai akar umbi yang kuasa, jentera yang lemah, kepimpinan hanya pentingkan jawatan dan kedudukan, dan tidak ada agenda perjuangan yang jelas.

“Sudah pasti, Bersatu hanya menguntungkan segelintir pemimpin parti dari segi jawatan kabinet sedangkan ahlinya yang sedikit terus terbiar,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Terdahulu, Rais Hussin mengumumkan keluar parti Bersatu berkuat kuasa Jumaat lalu.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Bersatu menghantar surat rasmi peletakan jawatannya kepada pimpinan Bersatu, pada 6 Oktober.

Katanya, sudah pasti, parti Bersatu hanya menguntungkan segelintir pemimpin parti dari segi jawatan kabinet sedangkan ahlinya yang sedikit terus terbiar.

Sementara itu, kata beliau, percubaan Bersatu sejak kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menggantikan UMNO selepas PRU14 menemui kegagalan.

Ujar Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, ahli UMNO sejati walaupun pernah tewas PRU ke-14, cuba diaibkan dengan pendakwaraya terpilih, cuba diugut dibubarkan parti UMNO tetap tidak goyang dalam mempertahankan UMNO.

“Malah sanggup mempertahankan UMNO dengan jiwa raga, walau pun ada yang menjauhi diri daripada parti, ada yang lompat parti dan ada juga menjadi musuh dalam selimut parti. UMNO tidak pernah gentar!,”katanya.

Ahmad Zahid berkata, berbalik kepada tindakan keluar parti oleh pengasas bersama Bersatu ini, tahniah diucapkan kerana pandai membezakan parti mana yang relevan dan bakal menang menjelang pilihan raya umum.

“Cuma untuk ahli-ahli Bersatu yang bukan berstatus pengasas bersama Bersatu dan ahli strategis, ingin saya tanyakan, anda ahli-ahli biasa di peringkat cawangan bila lagi keluar dari parti Bersatu?

“Jangan pula lari malam beramai-ramai selepas tewas pilihan raya umum. Sudah terlewat ketika itu!,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan