26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Ericsson komited tingkat pelaburan di Malaysia – PM

Malaysia mampu menjadi perintis kepada pembangunan prasarana dan liputan rangkaian 5G.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SYARIKAT Ericsson akan terus mempergiat aktiviti dan pelaburan di Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ericsson Group, Börje Ekholm dalam satu kunjungan hormat telah memberikan komitmen berkenaan.

“Pada hari ini saya telah menerima Kunjungan Hormat oleh Börje Ekholm, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ericsson Group bertujuan antaranya memberikan status terkini berhubung pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia.

“Ericsson sendiri mengakui bahawa Malaysia mampu menjadi perintis kepada pembangunan prasarana dan liputan rangkaian 5G,” katanya hari ini.

Advertisements

Ismail Sabri berkata, selaku Perdana Menteri beliau amat memahami bahawa teknologi dan rangkaian 5G memainkan peranan besar dalam melonjakkan daya saing ekonomi Malaysia.

Börje Ekholm (tengah) memaklumkan perkembangan 5G kepada Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya hari ini.

Menurut beliau, impak positif yang bakal diterima oleh Keluarga Malaysia serta tahap produktiviti dan nilai tambah industri dari pelaksanaan teknologi 5G amat jelas sekali.

“Börje Ekholm, telah memberikan komitmen kepada saya setelah 57 tahun Ericsson bertapak di Malaysia, Ericsson akan terus mempergiat aktiviti dan pelaburan di Malaysia,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan