26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Lelaki hina Nabi Muhammad dan Islam sudah ditahan polis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki yang didakwa menghina agama Islam dengan melabelkan Nabi Muhammad, Allah dan Islam dengan perkataan kesat sudah ditahan polis sebentar tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, suspek yang berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

“Suspek ditangkap di sebuah rumah di Batu 8, Bukit Kuchai, Puchong oleh pasukan dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

Advertisements

Berdasarkan video yang tular terbabit, lelaki berkenaan dilihat bertindak menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW serta mencabar pihak-pihak yang mempertahankan agama Islam supaya berdepan dengannya.

Sementara itu turut tular video berdurasi 27 saat memaparkan individu yang didakwa menghina Islam itu dalam keadaan muka berlumuran darah dipercayai dipukul.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan