24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Terus beri kepercayaan, sokongan pendekatan KPM – Radzi Jidin

Tumpuan dalam menjayakan transformasi pendidikan negara.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

WARGA pendidikan serta masyarakat setempat terutamanya ibu bapa dan pelajar dialu-alukan untuk terus bersama-sama memberikan kepercayaan dan menyokong pendekatan yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata demikian dalam satu hantaran di Facebook hari ini sempena majlis meraikan sambutan Hari Guru Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beluran di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Beluran.

Menurutnya, dalam majlis berkenaan, beliau turut berkongsi tentang pembaharuan serta hala tuju pendidikan, khususnya tumpuan dalam menjayakan transformasi pendidikan negara.

“Bila menyentuh tentang transformasi, kita perlu melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Dalam hal ini, kita amat memerlukan seluruh warga pendidikan termasuk pentadbir, guru, murid dan ibu bapa turut bersama-sama memberi kepercayaan dan menyokong pendekatan yang dilaksanakan KPM.

“Saya juga menyentuh mengenai usaha KPM dalam memperkasa sektor pendidikan, antaranya pelaksanaanpentaksiran kemasukan sekolah khusus (PKSK) bagi memberi lebih peluang kepada anak-anak dari keluarga B40 memasuki sekolah berasrama, penambahbaikan pentaksiran murid serta penerapan konsep Sekolahku SEJAHTERA dan pendigitalan pendidikan,” kongsinya hari ini.

Ujar beliau lagi, pendekatan berkenaan pastinya akan dapat menambahbaik ekosistem pendidikan negara secara menyeluruh.

Advertisements

“Terima kasih cikgu, khususnya guru-guru di Beluran atas jasa serta sumbangan tanpa jemu dalam mendidik anak-anak generasi pewaris negara.

“Teruskan perjuangan mendidik anak-anak murid yang sentiasa dahagakan ilmu,” katanya.

Sementara itu, memetik laporan Bernama, sempena lawatan kerja Radzi selama dua hari ke Beluran sehingga esok, beliau turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta kepada PPD bagi menyelesaikan isu mendesak yang memerlukan penyelesaian segera bagi membolehkan golongan pelajar di daerah itu mengikuti pembelajaran dalam keadaan lebih kondusif dan selesa.

Beliau juga meminta semua Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) supaya sentiasa kerap turun padang melawat sekolah bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi dan seterusnya mengambil tindakan segera menyelesaikannya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan