25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

KDN gerak semua agensinya bantu mangsa banjir Baling

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) menggerakkan semua agensi di bawahnya menerusi Op Bantu Baling bagi mengkoordinasi bantuan dan operasi menyelamat mangsa tragedi banjir di Baling, Kedah.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Op itu diketuai Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad melibatkan pelbagai agensi di bawah KDN antaranya Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Agensi Anti Dadah Kebangsaan serta Jabatan Penjara Malaysia.

Beliau berkata, 164 pegawai serta anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diatur gerak,manakala sebanyak 44 aset kenderaan serta peralatan kecemasan PDRM dihantar ke lokasi bencana termasuk empat bot, lapan lori dan tiga kenderaan pacuan empat roda.

“Seramai 46 anggota Rela juga dikerahkan untuk membantu mangsa banjir di kawasan yang terlibat dan ditugaskan di pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Hamzah berkata, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat berhubung situasi banjir boleh menghubungi Pusat Kawalan Malaysia (MCC) PDRM di talian 03-2266 3333 / 03-2266 3444 / 03-2266 3451 atau talian MERS 999.

Insiden banjir dan fenomena kepala air yang berlaku pada kira-kira jam 4 petang Isnin lalu di Baling telah mengakibatkan tiga nyawa terkorban dengan tiga PPS dibuka bagi menempatkan lebih 1,400 mangsa banjir.


Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan