32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Banjir Baling: Dua LRA dihenti tugas, air mentah keruh

Lebih 200,000 akaun pengguna terjejas susulan tragedi berkenaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SYARIKAT Air Darul Aman (SADA) terpaksa menghenti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Kulim Hi-Tech dan Pinang Tunggal, Sungai Petani berikutan kadar kekeruhan air mentah (NTU) yang tinggi susulan kejadian banjir dan kepala air di Baling, kelmarin.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, langkah menghentikan sementara LRA itu akan menjejaskan lebih 200,000 akaun pengguna di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, operasi LRA Kulim Hi-Tech serta LRA Pinang Tunggal dihenti tugas pada jam 10.50 dan 11.10 malam tadi berikutan ekoran bencana tersebut.

“Penutupan sementara ini akan menjejaskan 80,000 akaun pengguna di Kulim Hi-Tech dan 121,000 akaun lagi di Pinang Tunggal.

“Pihak SADA akan membuat penghantaran air terawat melalui lori dan tangki ke kawasan terjejas akibat penutupan dua LRA berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Insiden banjir dan kepala air di Sungai Kupang hingga melimpah ke kawasan penempatan penduduk, kelmarin.

Kejadian itu turut mengorbankan tiga sekeluarga termasuk seorang ibu hamil empat bulan di Lata Celak, Kampung Iboi, selepas rumah mereka dihanyutkan arus deras. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan