25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kerajaan umum bantuan awal RM500,000 untuk mangsa banjir Baling

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali menyelaraskan bantuan segera kepada semua 1,490 mangsa banjir yang melibatkan 112 KIR itu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bantuan awal kepada mangsa banjir di Baling, Kedah dengan peruntukan sebanyak RM500,000.

Beliau berkata, bantuan awal kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) itu meliputi Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000; bantuan barang keperluan asas sebanyak RM2,500; bantuan barangan elektrik sebanyak RM500 dan pembaikan rumah.

“Saya yang kini berada dalam lawatan rasmi ke Turki atas jemputan TYT Recep Tayyip Erdogan, Presiden Tukiye, telah menerima berita duka mengenai banjir kilat di Lembangan Sungai Kupang dan Sungai Tiak di Baling, Kedah pada petang semalam,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail Sabri turut menyatakan telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali menyelaraskan bantuan segera kepada semua 1,490 mangsa banjir yang melibatkan 112 KIR itu.

Menurut beliau, Setiausaha Politiknya iaitu Datuk Mohammad Anuar bersama pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyampaikan BWI kepada semua KIR hari ini termasuk tiga waris mangsa yang maut sebanyak RM10,000 seorang.

Ismail Sabri berkata beliau juga telah mengarahkan semua agensi kerajaan terlibat agar mengenal pasti kerosakan dan pembaikan yang perlu dilakukan untuk memastikan mangsa tragedi itu mempunyai tempat berteduh yang selesa selepas ini.

Advertisements

“Kebanyakan rumah yang terkesan dengan musibah itu mengalami kerosakan dan sebanyak 25 kediaman musnah sepenuhnya.

Menurut beliau, bantuan lain akan segera menyusul termasuk kerja-kerja pembersihan kawasan dan projek tebatan banjir yang kritikal.

“Kerajaan Persekutuan terus komited untuk menyediakan peruntukan sewajarnya bagi tragedi itu.

“Saya akan memastikan kebajikan dan keselamatan mangsa-mangsa ini akan diberi perhatian yang sepenuhnya dengan kerjasama erat daripada semua pihak baik dari Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan