24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Felcra umum agih keuntungan RM153 juta

Sehingga bulan April lalu, purata harga komoditi sawit adalah hampir RM1,200 iaitu kenaikan sebanyak RM550 atau lebih 79 peratus berbanding harga tahun lalu iaitu RM670.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

FELCRA Berhad mengumumkan bayaran keuntungan boleh agih interim 1 pada tahun ini menunjukkan peningkatan memberangsangkan, iaitu RM153 juta untuk diagihkan kepada 75,800 pesertanya di seluruh negara.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, jumlah berkenaan merupakan kenaikan 106 peratus atau hampir RM79 juta berbanding tahun lalu.

“Prestasi yang dicatat oleh Felcra Berhad adalah sangat membanggakan dan saya sememangnya menggalakkan agar Felcra menjalankan kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta yang lain agar dapat mengembangkan lagi perniagaan syarikat terutama dalam teknologi pertanian. 

“Ini sekaligus akan menambah dan meningkatkan lagi keuntungan operasi Felcra dan seterusnya boleh memberikan pulangan pendapatan yang baik kepada seluruh peserta.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Keuntungan Boleh Agih Interim 1 Felcra Berhad di Padang Terap hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Datuk Mad Roni Zakaria.

Advertisements

Menurut Mahdzir, peningkatan prestasi Keuntungan Boleh Agih tahun ini adalah dipengaruhi oleh peningkatan harga komoditi sawit dan getah.

Sehingga bulan April lalu menurutnya, purata harga komoditi sawit adalah hampir RM1,200 iaitu kenaikan sebanyak RM550 atau lebih 79 peratus berbanding harga tahun lalu iaitu RM670.

“Selain itu, berlaku juga kenaikan purata pendapatan ladang perhektar iaitu sebanyak RM4,900 atau hampir 57 peratus berbanding tahun lalu iaitu RM3,100.

“Pencapaian utama Felcra ialah berjaya menyatukan dan memulihkan tanah yang bermasalah menjadi sebuah ladang dan estet yang besar dan ianya harus dijadikan model dan contoh kepada kawasan pertanian kecil lain di seluruh negara.

Menurut Mahdzir, inisiatif penyatuan dan pemulihan tanah bermasalah yang dilaksanakan oleh FELCRA itu dengan kos pengurusan minimum iaitu hanya 6.5 peratus sahaja telah merealisasikan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup serta kesejahteraan masyarakat di luar bandar.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan